PRU15: Orang Asli turut iring Ku Li ke pusat penamaan calon

GUA MUSANG – Lebih 2,000 penyokong termasuk masyarakat Orang Asli mengiringi calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di pekarangan Pejabat Tanah dan Jajahan di sini hari ini.

Pencalonan itu menjadikan Tengku Razaleigh atau Ku Li akan bertanding buat kali ke-13 sepanjang pilihan raya umum yang telah diadakan di negara ini.

Pada PRU15, beliau akan berentap dalam pertandingan empat penjuru dengan menentang calon Gerakan Tanah Air, Datuk Dr. Samsu Adabi Mamat, Datuk Mohd. Azizi Naim (Perikatan Nasional) dan Asharun Uji (Pakatan Harapan)

Samsu Adabi yang menjadi calon terawal sampai di pusat penamaan calon, diikuti Mohd. Azizi, Asharun dan terakhir Tengku Razaleigh Hamzah.

Selain itu, bacaan selawat dan takbir oleh penyokong turut mengiringi Tengku Razaleigh.

Ku Li,85, bakal mengukuhkan statusnya sebagai wakil rakyat paling lama berkhidmat di negara ini iaitu selama lebih 10 penggal di peringkat Parlimen dan negeri, jika memenangi kerusi Parlimen Gua Musang pada PRU15 pada 19 November depan.

Tengku Razaleigh mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang yang ketika dahulu dikenali sebagai Ulu Kelantan pada tahun 1974 apabila beliau menang tanpa bertanding di kerusi tersebut.

Kredit: Kosmo!

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *