Ismail Sabri calon PM, jelas – Khairy

SUNGAI BULOH : Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa beliau tetap menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon
Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kata calon BN Parlimen Sungai Buloh itu, perkara itu juga telah diumumkan Presiden UMNO, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dan ia sangat jelas.

Ujarnya, Ismail Sabri ialah ‘poster boy’ BN dan Perdana Menteri apabila gabungan berkenaan menang dalam pilihan raya nanti

“Naratif ini mesti diperjelaskan sekarang juga. Calon Perdana Menteri Barisan Nasional adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Satu undi untuk KJ di Sungai Buloh adalah satu undi untuk KJ di Sungai Buloh dan saya akan mendokong Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Calon Perdana Menteri sepertimana yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Zahid sendiri.
‘No confusion there’, katanya selepas penamaan calon Parlimen Sungai Buloh hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid juga Pengerusi BN mengumumkan bahawa Ismail Sabri calon Perdana Menteri jika BN menang PRU15.

Menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri sekali gus memberi kelebihan kepada BN menang lebih besar dalam PRU15 memandangkan Ismail Sabri mempunyai aura yang cukup positif membantu kemenangan BN.

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *