Saya orang parti dan akur pada keputusan parti – Halimah

KUALA LUMPUR: “Saya orang parti dan akan akur apa jua keputusan parti walaupun nama digugurkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)”.

Itu kata penyandang kerusi Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique berhubung keputusan Barisan Nasional (BN) mengguggurkan nama untuk bertanding di kerusi tersebut pada PRU15.

Katanya, sebagai orang parti, beliau akan membantu jentera untuk berkempen bagi memasti kemenangan BN.

“Saya akan turun padang membantu kawan-kawan bertanding di atas tiket BN. Jiwa saya amat besar untuk parti.

“Saya mendoakan semua calon-calon dan mudah-mudahan pengundi akan terus memberi sokongan padu kepada BN,“ katanya ketika ditemui selepas merasmikan Galeri Uniti Keluarga Malaysia, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Halimah meminta calon kerusi Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk turun padang dan memperkenalkan diri kepada pengundi.

“Saya yakin pengundi akan memberikan sokongan padu untuk menangkan calon BN,” katanya. – UTUSAN

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *