Nasi Kukus Warung Mazenah popular di Kuantan

KUANTAN: Tiada yang mustahil untuk maju dan berjaya dalam perniagaan. Ia telah dibuktikan oleh Puan Mazenah Awang, 63, yang kini memiliki dua kedai makan dikenali Warung Mazenah yang terletak di bandar raya ini yang popular dengan menu nasi kukus.

Pada awalnya iaitu pada 1987, Puan Mazenah hanya menjual nasi putih dan lauk pauk.

Tercetusnya idea ini selepas Puan Mazenah menikmati nasi kukus di Kelantan, dengan mencipta resipi nasi kukus beliau sendiri.

“Bagaimanapun ia tidak seperti yang dijangkakan kerana pada awal perniagaan, 20 ekor ayam pun tidak habis.

“Namun lama kelamaan nasi kukus ini kian mendapat sambutan bukan sahaja dari Kuantan, malah di daerah lain seperti Rompin, Pekan dan Maran serta luar Pahang,” kata Puan Mazenah.

Selain ayam goreng berempah, pelanggan boleh memilih lauk lain seperti ikan bawal goreng berempah, puyuh goreng berempah, kari kambing, gulai kawah dan kerutuk daging.

Di cawangan kedua yang bertempat dijalan Teluk Sisek pula menyediakan hidangan Shellout yang resipinya didatangkan khas dari Thailand dan diolah semula supaya bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia.

“Terima kasih atas sokongan yang diberikan pelanggan untuk menikmati nasi kukus serta makanan lain,” katanya.

Puan Mazenah berterima kasih di atas bantuan dan sokongan yang diberikan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kepada yang ingin merasai makanan Puan Mazenah boleh pergi Warung Mazenah di

Jalan Beserah dan Teluk Sisek atau menghubungi Puan Mazenah Binti Awang di talian 019-9164559. Juga boleh melayari Facebook Warung Mazenah dan Instagram warungmazenahofficial.

Kredit: Utusan

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *