Harga Huawei Mate 50 dengan pilihan storan 8/256GB bermula RM3,699

Huawei baru sahaja mengadakan pelancaran siri Huawei Mate 50 buat pasaran tempatan. Peranti kelas flagship yang ditawarkan pada kali ini membawakan rekaan yang serba mewah bersama spesifikasi canggih terkini yang pasti akan menambah hati peminatnya.

Pada kali ini, Huawei Malaysia membawakan beberapa model Mate 50 yang membawakan keunikan tersendiri. Mari kita lihat spesifikasi lengkap untuk model-model yang ditawarakan buat pasaran Malaysia.

Huawei Mate 50

Huawei Mate 50 hadir dengan skrin 6.7-inci OLED FHD+ serta sokongan refresh rate 90Hz. Dijana pula bersama cip Snapdragon 8+ 4G, memori 8GB RAM dan storan sehingga 512GB. Dibekalkan bateri sebesar 4,460 mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W berwayar dan 50W secara wireless.

Siri Mate 50 kini menfokuskan aspek fotografi dengan wujudnya sistem XMAGE buatan Huawei sendiri pada kamera utama. Pada bahagian belakang sensor 50MP OIS sudut lebar, 13MP ultra sudut lebar, dan telefoto 12MP OIS. Sensor 50MP hadir dengan sistem bukaan boleh diubah f/1.4 ke f/4.0 beserta kamera wafoto sebesar 13MP.

Huawei Mate 50 Pro

Model Mate 50 Pro pula dilengkapi skrin 6.74″ OLED FHD+ dan sokongan refresh rate 120Hz. Selain itu, dijana dengan cip Snapdragon 8+ 4G, memori 8GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 4700 mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W berwayar dan 50W secara wireless.

Kamera utama juga menggunakan sistem XMAGE bersama sensor utama 50MP OIS sudut lebar, 13MP ultra sudut lebar, dan telefoto 64MP OIS. Sensor 50MP hadir dengan sistem bukaan boleh diubah f/1.4 ke f/4.0. Sementara itu sistem telefoto pula boleh melakukan zum optikal 3.5X dan zum digital sehingga 100X.

Kamera hadapan 13MP dipadankan dengan sistem imbasan wajah 3D yang diletakkan pada takuk yang bersaiz besar. Malah, Model Pro juga hadir dengan variasi warna istimewa bersama pilihan storan tertinggi yang mana turut dibina dengan kaca kukuh yang dinamakan Kunlun Glass dengan kualiti ketahanan yang cukup mantap.

Kedua-dua peranti flagship ini menggunakan sistem operasi terkini HarmonyOS 3.0 serta mempunyai kemampuan kalis air IP68. Di samping itu, terdapat stereo speaker, pengimbas cap jari dan juga sokongan NFC padanya.

Bagi yang berminat dengan peranti terbaharu ini, harga jualan untuk Huawei Mate 50 dengan pilihan storan 8/256GB bermula RM3,699 sementara variasi Pro pula ditawarkan pada harga RM4,499 untuk pilihan 8/256GB dan RM5,299 untuk 8GB/512GB.

Kredit: The Vocket

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *