Bang Jamal sebagai scammer cuma watak rekaan, Baby Shima mohon maaf jika ada yang tertipu!

Kuala Lumpur: Penyanyi Baby Shima memohon maaf andai ada pihak merasa tertipu dengan kandungan yang mendakwa dia ditipu oleh seorang individu dengan nilai puluhan ribu ringgit yang dimuat naik di laman sosial minggu lalu.

Selepas meluahkan kekesalan dan amarah akibat ditipu, akhirnya Baby Shima mendedahkan individu dikenali sebagai Bang Jamal yang didakwa sebagai scammer adalah judul lagu single baharunya.

Dia berpendapat kandungan yang dimuat naik hanya sebahagian daripada gimik menghiburkan peminat.

“Bagi yang rasa dirinya ditipu, saya minta maaf. Kalau dikecam menggunakan teknik pemasaran sebegini, saya reda. Saya mempunyai cara tersendiri memberikan hiburan.

“Malah kalau dilihat perkongsian video berhubung Bang Jamal ini, boleh nampak ia bukan ‘content’ serius. Pengikut yang sudah lama ikuti akaun Shima tahu ada sesuatu benda baharu bakal diumumkan.

“Mungkin penyampaian serta lakonan saya meminta semula wang dipulangkan dalam kadar segera tampak hidup hingga membuatkan sebilangan orang percaya,” katanya.

Teknik digunakan penyanyi kontroversi ini nyata menjadi apabila video muzik rasmi lagu ciptaan Zai Hamzah itu di YouTube yang diterbitkan Harry Khalifah itu meraih 115,000 tontonan dalam tempoh sehari dilancarkan.

Terdahulu, Shima memuatnaik video meluahkan rasa kecewa apabila wang yang sepatutnya dilaburkan untuk menjalankan perniagaan dibawa lari lelaki bernama Bang Jamal.

Dia turut menegaskan memberi tempoh 24 jam kepada individu tersebut memulangkan kembali duitnya atau identitinya akan didedahkan jika masih berdegil.

Kredit: Harian Metro

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *