Shahidan sahkan lawan Rozabil di Arau, PN mungkin jadi pilihan

ARAU : Datuk Seri Shahidan Kassim yang digugurkan sebagai calon Parlimen Arau mengesahkan akan bertanding di kawasan berkenaan.

Berdasarkan bayangan akan mewakili parti yang mempunyai semangat perpaduan ummah, Perikatan Nasional (PN) dijangka menjadi pilihan Shahidan.

“Saya calon boleh menang, saya akan bertanding. Saya tanya cawangan-cawangan dulu saya akan bertanding atas tiket apa.

“Saya akan memilih parti yang menggerak ke arah muafakat nasional. Setakat ini, belum ada perbincangan lagi, tapi mereka sudah maklum tentang apa yang berlaku terhadap saya.

“Kalau saya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beri saya alasan yang kukuh tidak boleh bertanding, dia (Zahid) juga tidak layak bertanding.

“Ini dengan bangganya pilih hantar calon dari luar (Parlimen Arau) (Padang Besar). Inilah adalah perbuatan sumbang politik yang tidak patut berlaku. Dia wajar berhenti jadi presiden kerana memecah perpaduan ummah,” katanya.

Pengumuman calon BN sebentar tadi menyaksikan Shahidan digugurkan sebagai calon dengan Datuk Rozabil Abd. Rahman dipilih menggantikan beliau di kerusi berkenaan.

Sebagai rekod, Shahidan yang sudah lebih 30 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986,1990,2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.

Setiap kali PRU sejak 1986, sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), Shahidan tidak pernah tewas termasuk ketika berhadapan dengan dua Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din (bekas) dan Datuk Hashim Jasin iaitu pada 2004 (DUN Tambun Tulang), 2013 (Parlimen Arau) dan 2018 (Parlimen Arau).

Ditanya adakah beliau tidak takut dikenakan tindakan oleh parti jika bertanding atas tiket parti lain dalam PRU15, Shahidan berkata, beliau mana boleh dikenakan tindakan keran bukan keluar daripada parti.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai calon Parlimen Arau, Shahidan berkata, Rozabil adalah orang luar dari Pulau Pinang yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti.

“Dia (Rozabil) orang Pulau Pinang, dia mai jenguk-jenguk Perlis saya lantik sebagai Setiausaha Politik dan akhirnya saya tidak sangka dia melawan saya balik.

“Apa yang pasti Insya-Allah comfirm saya akan bertanding,” kata Ketua UMNO Bahagian Arau itu.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *