PN sahkan beri laluan kepada Shahidan di Arau

ARAU : Perikatan Nasional (PN) negeri mengesahkan memberi laluan kepada Datuk Seri Shahidan Kassim di Parlimen Arau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya PN negeri, Mohd. Shukri Ramli berkata, mereka kini hanya ‘lampu hijau’ daripada Pas pusat yang sudah mengadakan perbincangan berhubung soal itu.

Katanya, nama calon kerusi Parlimen Arau yang sepatutnya diwakili oleh calon Pas dikosongkan pada saat akhir kerana rundingan di peringkat Pusat dengan Shahidan mengenai perkara itu.

“Berdasarkan situasi sekarang, kita akan beri laluan kepada Shahidan yang merupakan calon boleh menang dan apa yang penting
adalah memenangi sebanyak kerusi pada PRU15,” katanya.

Semalam, Shahidan yang digugurkan sebagai calon Parlimen Arau mengesahkan akan bertanding di kawasan berkenaan dengan platform parti politik yang bakal diwakilinya akan ditentukan dalam masa terdekat.

Berdasarkan bayangan akan mewakili parti yang mempunyai semangat perpaduan ummah, PN dijangka menjadi pilihan Shahidan yang merupakan penyandang kerusi berkenaan sejak empat penggal.

Sebagai rekod, Shahidan yang sudah lebih 30 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986,1990,2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.

Setiap kali PRU sejak 1986, sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), Shahidan tidak pernah tewas termasuk ketika berhadapan dengan dua Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din (bekas) dan Datuk Hashim Jasin iaitu pada 2004 (DUN Tambun Tulang), 2013 (Parlimen Arau) dan 2018 (Parlimen Arau).

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *