Kalau masuk kawasan Kampung Rhu Tapai, tak salah luangkan masa singgah Langgar Rindu!

Banyak masjid dan surau di negara kita yang dibina dengan pelbagai tema serta rekaan yang unik bagi menggamit kehadiran pengunjung sama ada untuk melawat atau beribadat di situ.

Jika anda bercuti atau berkunjung ke Terengganu, jangan lupa untuk singgah ke sebuah surau kayu yang cukup indah seni binanya yang diberi nama ‘LANGGAR RINDU’!

Surau yang terletak di Kampung Rhu Tapai, Merang, Kuala Terengganu ini dibina untuk diabadikan sebagai rumah ibadat bagi komuniti setempat serta persinggahan bagi mereka yang bermusafir untuk menunaikan solat.

Surau berukuran 1,064 kaki persegi ini sebenarnya milik seorang penggiat seni bernama Abdul Karim Embong, 60 tahun.

Kayu pokok tembesu terbuang serta kayu cengal hasil sumbangan orang ramai digunakan sebagai bahan binaan asas surai ini yang hanya dipasak dan disambung menggunakan skru.

Lebih menakjubkan, kerja-kerja pembinaan surau yang dibina tanpa sebarang lakaran pelan itu bermula sejak Mac 2014 dan kini sudah pun 70 peratus siap.

“Ada kalanya pembinaan surau ini tergendala kerana masalah kewangan, namun saya bersyukur kerana niat saya untuk membina rumah ibadat ini mendapat sokongan daripada individu yang prihatin dan dermawan yang tampil menghulurkan sumbangan wang tunai atau bahan binaan.

“Terbaru, saya terima kayu tembesu berusia sekitar 300 tahun yang akan saya guna untuk tambah kira-kira 280 kaki persegi lagi pada bahagian surau ini,” kata Abdul Karim yang menganggarkan nilai keseluruhan binaan surau itu mencecah RM100,000.

Berbaju lusuh dan bertongkat, Abdul Karim atau lebih mesra disapa sebagai Pok Su berkata, berkat sokongan banyak pihak termasuk anak-anaknya berjaya membantu merealisasikan impiannya untuk membina surau itu.

Selain surau, aktivis seni itu juga sedang membina sebuah pusat pengajian Islam dinamakan Madrasah Al-Insan Saka Iman berhampiran surau berkenaan bagi menempatkan 50 orang pelajar untuk mendalami ilmu agama.

Abdul Karim turut berkongsi inspirasi sehingga mendorong beliau menamakan surau miliknya itu sebagai Langgar Rindu.

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *