BN pertaruh tiga muka baharu di Jerantut

JERANTUT – Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan tiga muka baharu di kawasan Parlimen Jerantut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November nanti.

Ketiga-tiga calon itu ialah Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Zukarmi Abu Bakar; Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Muhamad Fasal Jamlus dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Faezah Ishak.

Dari kiri Muhamad Fasal, Zukarmi, Nazri dan Faezah

Zukarmi diberi kepercayaan untuk menggantikan Datuk Ahmad Nazlan Idris yang mengosongkan kerusi Parlimen Jerantut selepas memenanginya dua penggal berturut-turut.

Muhamad Fasal dan Faezah pula akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak serta Tahan bagi merampas semula kerusi yang dimenangi oleh dua wakil rakyat PAS pada PRU14.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah diberi kepercayaan untuk bertanding kali kedua di tempat yang sama.

Pada PRU14, BN memenangi dua kerusi iaitu di Parlimen Jerantut dan DUN Pulau Tawar manakala PAS menguasai DUN Damak dan Tahan. – Utusan Timur

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *