PRU-15: ‘Saya tolak tawaran jadi calon Parlimen Ketereh’

Kota Bharu: “Saya menolak tawaran untuk menjadi calon Parlimen Ketereh kerana merasakan Tan Sri Annuar Musa lebih layak,” kata Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin, yang ditawarkan bertanding kerusi Parlimen itu pada pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Marzuani Ardila yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh mengakui dia dipanggil oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung tawaran berkenaan.

“Presiden parti panggil saya dan menawarkan kepada saya untuk bertanding di Parlimen Ketereh. Pada asasnya saya terus menolak dengan alasan Tan Sri Annuar Musa lebih layak dan masih mampu bertanding.

“Namun Presiden tidak menerima penolakan saya dengan alasan parti sudah membuat keputusan berhubung perkara itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Marzuani berkata, dia juga mengakui merujuk perkara itu kepada Annuar untuk mendapat nasihat serta pandangan.

“Kita tengok malam ini macam mana. Buat masa ini saya akui surat watikah atas nama saya.

“Saya juga belum buat keputusan sama ada hadir atau tidak pada majlis pengumuman malam ini,” katanya.

Terdahulu, penyandang Parlimen Ketereh, Annuar mendedahkan Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh ditawarkan untuk bertanding di Parlimen Ketereh.

 

Kredit: Harian Metro

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *