PRU15: PN Terengganu umum calon Khamis ini

KUALA TERENGGANU – Perikatan Nasional (PN) Terengganu akan mengumumkan lapan calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Khamis ini.

Pengarah Pilihan Raya PN Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pengisytiharan calon itu akan disempurnakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang.

“Tujuh calon dari Pas dan seorang calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan diumumkan pada hari tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Pas akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen di Terengganu iaitu Besut, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, Setiu, Dungun dan Kuala Nerus manakala satu kerusi pula bakal ditandingi Bersatu di Hulu Terengganu.

Dalam pada itu, setakat ini, Pakatan Harapan (PH) negeri telah mengumumkan calon di lima kerusi Parlimen di Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu.

Tiga lagi calon PH Di Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Besut yang bakal diwakili Parti Amanah Negara (Amanah) pula masih belum diumumkan.

Barisan Nasional (BN) Terengganu hanya akan mengumumkan calon-calon mereka seawalnya Khamis ini.

 

Kredit : Kosmo!

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *