PRU15: Naib Presiden Bersatu umum keluar parti

MELAKA – Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen mengumumkan keluar parti dan meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta-merta hari ini.

Beliau yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tangga Batu turut melepaskan kesemua jawatan yang dipegangnya.

Keputusan itu didakwa dilakukan susulan Perikatan Nasional (PN) tidak mengotakan janji untuk mencalonkannya bagi Parlimen Tangga Batu.

Terdahulu, Pas Melaka mengesahkan bertanding di kerusi Parlimen Jasin dan Tangga Batu mewakili PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Pengerusi PN Bahagian Jasin, Datuk Kamarudin Sidek berkata, keputusan itu sudah diputuskan secara muktamad pada Mesyuarat Presiden PN yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis lalu.

Kredit : Kosmo!

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *