PM jamin kaji semula insentif pengeluaran getah, tingkat paras harga pasaran getah

BERA, — Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan meneliti semula paras harga pasaran getah yang ditetapkan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG), sekiranya kembali menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri berkata beliau mengambil maklum banyak pihak yang memohon paras pasaran getah yang sebelum ini ditetapkan pada RM2.50 sekilogram menerusi IPG, ditingkatkan ke paras lebih tinggi.

“Datuk Seri Salim (Pengerusi RISDA) pun ada bangkitkan dalam Parlimen, jumpa saya berkali-kali memohon supaya paras RM2.50 (sekilogram) ini dipertingkat, saya pun dah bincang dengan Menteri Kewangan.

“Kita akan lihat perkara ini insya-Allah kalau diberi peluang memerintah semula kita akan perhatikan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur Keluarga Malaysia anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi RISDA Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.

Kredit : Bernama

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *