Kerajaan terus prihatin, pelbagai Inisiatif kerajaan untuk pekebun kecil

 

KERAJAAN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus prihatin dalam menjaga rakyat termasuk pekebun kecil dengan pelbagai inisiatif telah disalurkan kerajaan.

Tahun ini sahaja, kerajaan memperuntukkan lebih RM600 juta kepada pekebun kecil iaitu jumlah lebih besar berbanding RM508 juta tahun lalu.

Kerajaan turut meluluskan sejumlah RM191 juta Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang melibatkan seramai 232,319 pekebun kecil Risda dan kesemua mereka bakal menerima bantuan sebanyak RM600 yang disalurkan secara berperingkat iaitu RM300 pada bulan hadapan dan RM300 pada Disember ini.

Lebih istimewa, BMT akan ditambah kepada RM800 dengan peruntukan sebanyak RM256 juta selama empat bulan kepada pekebun kecil Risda dan Felda.

Selain itu, RM4.81 juta diperuntukkan bagi memperkasa Program Pembangunan Usahawan di negeri Pahang yang memberikan faedah kepada seramai 474 pekebun kecil Risda.

Kerajaan turut memperuntukan sebanyak RM31.1 juta bagi memperkenalkan Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG) untuk mencapai pengeluaran hasil sebanyak 1,800kg/ hektar/tahun.

Kerajaan juga prihatin terhadap pembangunan sektor komoditi getah yang diusahakan oleh pekebun kecil dan menyasarkan pendapatan bulanan pekebun kecil kepada RM4,500 pada tahun 2025.

Dalam pada itu, Bajet 2023 turut
memperuntukkan sebanyak RM2.6 bilion kepada sektor komoditi yang turut melibatkan RISDA sebagai antara agensi utama yang mengawal selia aktiviti komoditi.

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan bagi memajukan sektor komoditi negara tersebut adalah RM315 juta bagi Program Pembangunan Kawasan Bertanam Getah Pekebun Kecil untuk menggantikan pokok getah tua untuk manfaat 387,000 pekebun kecil.

Kedua, Program Pembangunan Semula Hasil Baharu bagi menggalakkan pekebun kecil meneroka pendapatan baharu selain getah seperti tanaman makanan jangka pendek dengan peruntukan RM40 juta.

Ketiga, bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah, Insentif Pengeluaran Lateks diperkenalkan bersama- sama dengan program TARGET untuk menambah baik rantaian bekalan bahan mentah getah melalui koperasi

Keempat, Skim Perlindungan Pertanian akan turut diperkenalkan untuk melindungi pengusaha pertanian daripada sebarang risiko luar kawalan seperti cuaca, penyakit dan makhluk perosak, bermula dengan pesawah padi

Dan kelima bagi orang Asli di Bera, Projek Tanam Semula Ladang Orang Asli akan dilaksanakan merangkumi kerja- kerja penanaman semula getah dan kelapa sawit.

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *