Polis Thailand kongsi maklumat kehilangan ejen kosmetik

Bangkok: Polis Thailand berkata, pihaknya sudah berkongsi semua maklumat mengenai penculikan wanita Malaysia dari rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 September lalu dengan rakan setugas di Malaysia.

Namun, Ketua Polis Narathiwat, Pol Maj Jen Waesamae Salae, enggan mengulas mengenai maklumat yang dikongsinya dengan polis Malaysia.

“Kami bekerjasama dengan polis Malaysia… Mereka mempunyai semua maklumat,” katanya kepada Bernama.

Pada 13 September, ejen kosmetik itu diculik dari rumahnya di Kampung Semat Jai, Tumpat, kira-kira 5.10 petang.

Empat suspek dalam sebuah kereta dipercayai menculik wanita berkenaan dan membawanya ke Thailand melalui jeti haram di Tumpat.

Susulan kejadian itu, polis menahan tiga individu, termasuk suami wanita berkenaan, bagi membantu siasatan kes.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Zaki Harun berkata berdasarkan siasatan, suami mangsa, ahli sindiket pengedaran dadah, dipercayai berselisih faham dengan anggota lain sindiket itu dan ia mungkin jadi punca kejadian itu.

Kredit : Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *