‘Percayalah banyak lagi akan diumumkan demi kepentingan mahasiswa, mahasiswi’

MAHASISWA, percayalah, banyak lagi yang akan diumumkan demi kepentingan mahasiswa dan mahasiswi sekalian,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan majlis Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi 2022, semalam.

Sebelum itu, Ismail Sabri mengumumkan berita cukup gembira kepada golongan mahasiwa apabila kerajaan membuat keputusan menaikkan kadar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada 75 peratus kepada 100 peratus buat golongan tersebut daripada kumpulan M40.

Selain itu, golongan mahasiswa daripada kumpulan M40 itu juga layak menerima pinjaman komputer riba sebagai antara usaha kerajaan menjaga kepentingan mahasiswa.

Langkah kerajaan itu bakal memberi manfaat kepada 64,301 pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) kategori M40 dan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM183.5 juta setahun.

Meskipun baharu setahun lebih sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri telah mengumumkan pelbagai berita gembira untuk manfaat rakyat termasuk golongan mahasiswa yang tidak pernah sama sekali dilupakan.

Dalam usaha ke arah pemulihan negara pasca pandemik Covid-19, Ismail Sabri bijak mengatur langkah agar rakyat terus menerima manfaat selepas teruk terkesan akibat wabak itu.

Disebalik gesaan agar disegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15(PRU15), ruang-ruang yang masih ada ketika ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Perdana Menteri dalam membantu seluruh ahli Keluarga Malaysia tanpa mengira kaum.

Melihat kepada mood semasa, rakyat semakin selesa dengan kepemimpinan Perdana Menteri
dan rata-ratanya berharap agar ianya diteruskan selepas PRU15 jika Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan.

Sebagai anak kampung, Ismail Sabri sangat dekat dengan kehidupan masyarakat dan sentiasa mendengar keluh kesah mereka.

Perkara tersebut terbukti, meskipun baharu sebagai Perdana Menteri namun sudah banyak perkara demi kebaikkan rakyat dilaksanakan.

Perdana Menteri berjaya menjalankan amanah dengan cukup baik dan diharapkan Naib Presiden UMNO itu terus kekal menjadi ‘bapa’ kepada seluruh ahli keluarga Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *