Elaun Sara Hidup pelajar Mara dinaikkan

ELAUN SARA HIDUP PELAJAR MARA DINAIKKAN

Durian runtuh buat pelajar tajaaan MARA apabila Perdana Menteri, YAB DS Ismail Sabri mengumumkan kenaikkan Elaun Sara Hidup (ESH) bermula bulan ini.

Kerajaan bersetuju menaikkan ESH bagi pelajar dalam negara dengan kadar minimum RM650 sebulan sehingga maksimum RM950 sebulan bermula peringkat diploma hingga PhD.

Bagi pelajar luar negara pula, ESH dinaikkan kepada kadar minimum RM1,380 sebulan hingga maksimum RM7,600 sebulan.

Saya ingat lagi waktu saya belajar di UK dulu, saya terpaksa membuat pinjaman di bank. Tiada elaun sara hidup. Cukup-cukup untuk bayar yuran sahaja.

Melakukan 2 hingga 3 kerja part time adalah perkara biasa untuk menampung sara hidup.

Adik-adik mahasiswa hari ini sungguh beruntung kerana mendapat pelbagai keistimewaan daripada kerajaan.

Gunakanlah peluang ini sebaiknya dan apabila berjaya nanti sumbanglah tenaga serta kepakaran untuk pembangunan Malaysia.

Sudah banyak negara beri manfaat untuk kita, tiba masanya kita balas kembali pada negara.

Terima kasih YAB DS Ismail Sabri yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan pembangunan modal insan generasi muda kita.

Dato  Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu

#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *