Mengaku rogol remaja bawah umur

Kuala Terengganu: Buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol remaja bawah umur yang dikenalinya menerusi media sosial.

Tertuduh, Ahmad Amirul Ariff Razali, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa, 13, di rumah di daerah ini, 7 malam 11 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Kredit : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *