Sabri Yunus duta anak seni Kelantan

Kota Bharu: Pengarah dan pelakon berkaliber, Sabri Yunus dinobatkan sebagai duta anak seni Kelantan.

Penghargaan itu diberikan oleh kerajaan negeri Kelantan kepada Sabri, 61, pada majlis Malam Himpunan Dikir Barat 2022 yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, di sini, malam tadi.

Ahmad melahirkan rasa kesyukuran kerana dapat bersama-sama penggiat seni negeri Kelantan khususnya seni budaya dikir barat.

Katanya, sebanyak sembilan kategori anugerah dipilih untuk dianugerahkan kepada 24 penerima.

“Antara penerima ialah Jen Endoro, Jali Bunga Tanjong, Cikgu Sulizi, Eyo Hock Seng, Hamid Budaya, Tok Wan Hasan Gula Batu, Tuan Kob Raja Saring dan lain-lain ikon dikir barat.

“Kerajaan negeri yakin penganjuran Malam Himpunan Dikir Barat berjaya mencapai objektif antaranya memberi pengiktirafan kepada penggiat seni dikir barat yang mengharumkan nama Kelantan.

“Selain itu, majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim penggiat seni dikir barat serta memartabatkan dikir barat sebagai warisan budaya Kelantan supaya tidak hilang dan pupus,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong anak seni yang giat memartabat dan mempertahankan seni warisan budaya Kelantan.

 

Kredit : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *