HEBAT SANGATKAH INDIA?

HEBAT SANGATKAH INDIA?

Kekalahan Malaysia kepada India dalam suku akhir Piala Thomas semalam, agak mengejutkan tetapi bukanlah luar biasa jika dilihat kepada persediaan pasukan India.

Sejak 2016, India memulakan kejohanan sulung Premier Badminton League di negara itu sebagai salah satu usaha menaikkan mutu sukan badminton mereka.

Ketika kejohanan sulung dimulakan, beberapa pemain terkemuka seperti Lin Dan, Lee Chong Wei dan Peter Gade telah dibayar untuk beraksi di liga berkenaan.

Bergu hebat seperti gandingan CaiYun Fu Haifeng dan Boon Heong Koo Kien Kiat juga hadir.

Selain itu, India turut menganjurkan The Legends’ Vision World Tour Programme dengan menjemput Legenda badminton lain termasuk Taufik Hidayat dalam perlawanan pertunjukan bersama Lin Dan, Chong Wei dan Peter Gade.

Tujuannya adalah untuk menarik minat golongan muda mencemburi sukan badminton di India.

Kebanyakan pemain yang berada di dalam pasukan India merupakan produk daripada penganjuran kejohanan-kejohanan berkenaan.

Justeru, India bukan lagi pasukan picisan yang boleh dipandang enteng oleh pemain-pemain Malaysia dalam mana-mana kejohanan.

Single terakhir India semalam, PRANNOY merupakan pemain yang memegang rekod kemenangan 3 berbalas 1 ke atas Lin Dan.

EMPAT kali lawan Lin Dan, 3 kali menang!!

S. Kidambi pula pernah menang 2 kali ke atas Lin Dan daripada 5 pertemuan.

Kini India mempunyai senjata baharu iaitu Laksyah Sen.

Kesimpulannya, kekalahan semalam perlu membuka mata BAM untuk merancang kembali bagaimana melahirkan sepasukan pemain yang mampu menbawa pulang Piala Thomas selepas gagal selama 30 tahun.

Piala Thomas tidak akan dimenangi jika Malaysia terlalu bergantung kepada seorang pemain seperti Lee Zii Jia sahaja dan sebelum ini kepada Lee Chong Wei.

Sekian

p/s menangis tengok single kedua dan ketiga malaysia semalam 😂😂😂😂

Kredit : FB Rodelio Junjun Taucan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *