ASEAN-AS: PM sertai Biden, pemimpin ASEAN

Washington: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyertai Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan pemimpin ASEAN pada hari terakhir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di sini pada Jumaat (Sabtu di Malaysia).

Mereka akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan global dalam sesi yang dijadualkan berlangsung pada 2.30 petang Jumaat (2.30 pagi Sabtu di Malaysia).

Sebelum itu, Ismail Sabri akan menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Naib Presiden AS Kamala Harris dan mereka dijangka berbincang mengenai kerjasama maritim, kesihatan serta pemulihan pandemik.

Selepas itu, Harris dan pemimpin ASEAN akan meneruskan perbincangan dalam sesi berasingan serta memfokus kepada tindakan berkaitan isu perubahan iklim, transformasi tenaga bersih dan infrastruktur mampan.

Semua sesi pada hari terakhir persidangan dua hari itu akan berlangsung di Jabatan Negara AS di sini.

 

Kredit : Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *