PM bertemu Biden di White House

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan pemimpin Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ASEAN di White House, Amerika Syarikat, semalam.

Memetik laporan Bernama, dalam pertemuan sempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS selama dua hari bermula semalam, ia sekali gus menyaksikan titik permulaan untuk membawa impak positif terhadap hubungan diplomatik, perdagangan dan ekonomi kepada Malaysia.

Beliau turut menekankan kepaksian ASEAN dalam kerjasama ASEAN-AS selain berharap sidang kemuncak itu akan menjadi landasan strategik bagi ASEAN dan AS mengkaji serta meneroka bidang kerjasama pragmatik bagi memperkukuh kerjasama sedia.

Ismail Sabri antara lain menyertai Biden dan pemimpin ASEAN bergambar secara berkumpulan di pekarangan Rumah Putih dan kemudian menghadiri majlis makan malam diacarakan Bidan di White House. 

Untuk rekod, sidang kemuncak khas dengan pemimpin negara Asia Tenggara itu adalah kali kedua dianjurkan oleh Presiden AS di negara ini dan pada Februari 2016, Presiden AS ketika itu, Barack Obama mengalu-alukan pemimpin ASEAN di Sunnylands, California.

Pemimpin ASEAN lain yang turut hadir dalam pertemuan itu ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Presiden Indonesia Joko Widodo; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen. Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-Cha; Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh dan Perdana Menteri Laos, Dr Phankham Viphavanh.

Sementara itu, Ismail Sabri di Facebooknya hari ini berkata: “Saya tiba di White House dan disambut mesra oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden malam tadi (waktu tempatan) bagi menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Biden, sempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS yang berlangsung di Washington D.C., Amerika Syarikat.

 

Kredit : Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *