Pengorbanan jururawat amat besar kepada Keluarga Malaysia – PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pengorbanan dan jasa para jururawat kepada Keluarga Malaysia adalah amat besar.

Perdana Menteri berkata, segalanya menjadi taruhan, bukan sahaja masa, tetapi, kudrat mereka untuk menjamin kesihatan dan nyawa semua.

Apatah lagi kata beliau, kumpulan petugas kesihatan itu begitu penting ketika negara menghadapi pandemik Covid-19.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jururawat di negara ini.

“Jururawat juga adalah barisan hadapan yang amat saya sanjungi. Terima kasih dan Selamat Hari Jururawat Sedunia, 2022,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

 

Kredit : Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *