Lelaki kerdil bertemu jodoh pada usia 38 tahun

HULU TERENGGANU: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) kerdil dari Felda Jerangau Barat di sini tidak menyangka dapat bertemu jodoh pada usia 38 tahun di sebalik kekurangan fizikalnya.

Mohd. Iriman Zakaria yang berketinggian 116 sentimeter selamat bergelar suami kepada Nurul Ziana Yusoff, 24, dari Setiu yang berstatus OKU sama, pada 5 Mei lalu.

Menurut pemilik bengkel kenderaan itu, perkahwinan mereka diatur keluarga dan sudah dirancang sejak isterinya tamat persekolahan lagi.

Bagaimanapun, urusan itu tertangguh kerana mahu menumpukan fokus kepada kerjayanya terlebih dahulu.

“Awal tahun lalu, keluarga saya merisik isteri tetapi kami tidak berkahwin atau bertunang sebaliknya terus melangsungkan perkahwinan.

“Isteri merupakan cinta pertama saya dan kami masih dalam fasa mengenal hati budi masing-masing,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, Nurul Ziana berkata, percintaan selepas berkahwin lebih indah dan berharap mahligai yang dibina kekal hingga akhir hayat.

Kredit : Utusan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *