Budak empat tahun maut kemalangan

Machang: Seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala ibu serta kakaknya cedera selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 54.1 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Pek, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, pada kejadian 7.30 malam itu, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami di badan.

Katanya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian, treler yang dipandu lelaki berusia 44 tahun membawa muatan kereta dari arah Kuala Krai menghala ke Kota Bharu.

“Setibanya di lokasi kejadian, pemandu treler itu menekan brek secara perlahan, namun bahagian ‘ekor’ treler menghentam ‘kepala’ treler itu sehingga menyebabkannya terbabas masuk ke laluan bertentangan dan pada ketika itu keadaan hujan serta jalan basah.

 

Kredit : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *