PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan mangsa banjir yang tidak berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) yang diiktiraf pihak berkuasa akan tetap menerima bantuan RM1,000 seperti yang diumumkan kerajaan.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata sebelum ini bantuan hanya diberikan kepada mereka yang berlindung di PPS, selain individu didaftarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Katanya, arahan terkini membolehkan sesiapa saja yang terkesan akibat banjir dan warganegara boleh mendapat bantuan itu selepas nama mereka disaring oleh Pejabat Daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.
“Kita akan menyalurkan bantuan berdasarkan senarai nama dikemukakan oleh kerajaan negeri dan perlu memproses serta menyaring (senarai nama) untuk memastikan pemohon adalah warganegara.
“NADMA akan terima apa saja data diberikan Pejabat Daerah atau PBT membabitkan sesiapa saja yang dirasakan layak, termasuk mereka yang menyewa kediaman di kawasan terjejas banjir dan mengalami kerosakan harta benda akibat bencana itu,” katanya kepada BH, semalam.
Aminuddin berkata, pada masa sama PBT perlu segera mengemukakan senarai mangsa terbabit bagi membolehkan bantuan dapat disalurkan.
“Kita memahami kesukaran PBT mengumpul nama mangsa yang terjejas berikutan bilangan mereka yang ramai,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, meminta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor mendaftarkan Dewan Orang Ramai Kampung Bestari Jaya sebagai PPS bagi memudahkan semua saluran bantuan dapat disalurkan oleh kerajaan.
Beliau dilaporkan berkata, ia berikutan jika PPS di dewan itu tidak didaftarkan, mangsa banjir tidak layak menerima bantuan RM1,000 yang diumumkan kerajaan.
Lapan negeri terjejas selepas dilanda banjir sejak Jumaat lalu susulan hujan lebat berterusan.
Pahang dan Selangor antara negeri yang teruk terjejas akibat bencana berkenaan.
Susulan kejadian itu, ada antara penduduk yang memilih sama ada terus berada di rumah sendiri atau menumpang di rumah saudara-mara dan rakan, berbanding berlindung di PPS.
Kredit: BH Online
trima kasih kepada nadma
saya umur 49 rumah pertama bulum ada
daftar rumah ppr suda lama selangor
encik (=orang asing ada kedau runcit kerata mahal
lagi ada restoran dan rumah
warga negara i love Malaysia
terima kasih malaysia