KUALA LUMPUR – Seramai 2,721,784 atau 86.5 peratus populasi remaja di negara ini sudah lengkap divaksinasi sehingga jam 11.59 malam tadi.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang dimulakan pada Ogos lalu menyasarkan 3.2 juta remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun menerima vaksin COVID-19.
Berdasarkan kemas kini pada laman sesawang COVIDNOW, seramai 2,830,449 atau 90 peratus individu kumpulan usia terbabit menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Ia menjadikan keseluruhan 5,552,233 orang sudah menerima dos lengkap atau satu dos, dengan kelmarin mencatatkan pertambahan 1,477 orang menerima suntikan vaksin mereka.
Sementara itu, kira-kira 97.1 peratus atau 22,722,055 individu dewasa sudah lengkap divaksinasi dengan 2,958,239 daripadanya sudah menerima dos penggalak.
Ini menjadikan keseluruhan 48,539,142 dos vaksin sudah diberikan dengan 23,049,440 atau 98.5 peratus daripadanya menerima dos pertama dan 22,722,055 dos lengkap.
Ketika ini, hanya 1.5 peratus tidak menerima vaksinasi.
Setakat semalam, PICK mencatatkan pertambahan 1,733 individu lengkap vaksinasi, 1,108 menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 50,199 terima dos penggalak dengan keseluruhan sebanyak 53,040 dos.
Kredit: BH Online