Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Pantai Timur, Sabah, Sarawak

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori tiga (merah) di Tioman, Condore, Bunguran dan Barat Reef North.’

Ramalan sehingga 8 dan 11 Disember itu mendapati, angin selaju lebih 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter.

Menurut METMalaysia, amaran kategori kedua pula melibatkan kawasan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Sarawak Barat, Tenggara Samui, Timur Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan dan Palawan.

Ini melibatkan angin selaju 50 hingga 60 kilometer se jam dengan ketinggian ombak 3.5 hingga 4.5 meter.

Seterusnya amaran kategori pertama (kuning) dengan angin selaju 40 hingga 50 kilometer se jam dengan ketinggian ombak 2.5 hingga 3.5 meter pula melibatkan Kelantan, Sarawak Utara, Sabah Barat dan Labuan serta Samui.

Kredit: Kosmo!

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *