Tiada Royalti Petroleum Untuk Kelantan

KUALA LUMPUR – Petronas tidak akan membayar royalti tunai kepada mana-mana negeri di semenanjung Malaysia termasuk Kelantan.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, tindakan tersebut adalah disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

“Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan akan melakukan pembayaran dalam bentuk wang ihsan memandangkan lokasi petroleum tersebut berdekatan dengan perairan Kelantan.

“Ia bagi melaksanakan projek dan program untuk manfaat rakyat di negeri tersebut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta kerajaan menyatakan status terkini tuntutan bayaran royalti tunai oleh kerajaan negeri Kelantan.

Kredit: Kosmo!

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *