Tanam Pokok Buah-Buahan Di Tanah Terbiar

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri akan mengusahakan tanah terbiar seluas kira-kira 8,000 hektar di seluruh negeri dengan menanam pokok buah-buahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, projek tanaman buah-buahan termasuk durian musing king itu akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Kita akan fokus untuk pembangunan tanah terbiar seluas kira-kira 8,000 hektar di seluruh negeri ini untuk penanaman buah-buahan terpilih dan projek ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ketika mengulas mengenai pengurangan Bajet 2022 di sektor pertanian, Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi berkata, peruntukan diluluskan kerajaan sebanyak RM7.34 juta untuk tahun depan bagi sektor pertanian adalah mencukupi bagi meneruskan kesinambungan kepada usaha menerusi program Tahun Pertanian Terengganu (TPT) 2021.

Beliau berkata, walaupun peruntukan sedikit berbeza berbanding tahun lalu, fokus utama adalah memberi tumpuan kepada impak, kesan serta manfaat melalui program TPT.

“Fokus kerajaan adalah meneruskan perkara memerlukan kelangsungan terutama membabitkan penyelenggaraan sektor penanaman padi, sektor pertanian dan pembangunan tanah terbiar.

“Kerajaan akan meneruskan program memperkayakan sumber perikanan dan marin yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya.

Kredit: myMetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *