Selenggara Parit, Longkang Persediaan Hadapi Banjir

KUANTAN – Kerajaan Pahang mengarahkan semua parit dan longkang diselenggara sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Abd Rahim Muda berkata, arahan itu dikeluarkan kepada agensi berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kerja pembersihan perlu dilakukan bagi menangani masalah banjir kilat ketika berdepan Monsun Timur Laut ketika ini kerana tidak mahu kejadian banjir seperti di Jalan Lim Hoe Lek dan Jalan Besar di Kuantan tahun lalu yang menenggelamkan beberapa kenderaan berulang.

“JKR dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) juga sudah diarahkan memasang penghadang pada longkang,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Tambah Abd Rahim, semua agensi sudah bersiap sedia untuk melaksanakan tugas mereka jika berlaku musibah susulan musim tengkujuh.

“Semua tempat diberi perhatian bagi memastikan operasi menyelamat dapat dilaksanakan dengan berkesan jika berlaku banjir,” katanya.

Kredit: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *