2 Negeri Pantai Timur Diramal Hujan Berterusan

PETALING JAYA – Penduduk di Kelantan dan Terengganu diminta berwaspada ekoran amaran hujan berterusan yang diramalkan bermula esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, kedua negeri itu akan mengalami hujan berterusan bermula esok sehingga 27 November ini.

“Amaran dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Kredit: Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *