KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 4,854 kes hari ini berbanding 5,859 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,586,601 kes.
Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.
Kredit: myMetro Online