Diskaun 20% Tiket Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir

KUALA TERENGGANU – Perkampungan Konservasi Gajah Tasik Kenyir Elephant (KECV) menawarkan potongan tiket sebanyak 20 peratus kepada pengunjung untuk bermesra dengan gajah mulai hari ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Senator Datuk Razali Idris berkata, potongan harga tiket sebanyak 20 peratus untuk pengunjung tempatan dan luar negara itu ditawarkan sehingga Mac tahun depan.

Katanya, pengunjung boleh menyaksikan secara dekat kehidupan gajah selain berpeluang untuk berinteraksi dengan 18 ekor gajah.

“Pengunjung juga berpeluang untuk mandi manda dengan gajah.

“Harga tiket untuk warga negara berusia antara 13 tahun ke atas adalah RM20 seorang berbanding RM25, manakala RM40 berbanding RM50 untuk warga asing,” katanya melalui kenyataan media, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik COVID-19, Razali berkata, hanya individu yang lengkap divaksinasi dibenarkan ke pusat berkenaan.

“Kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah dibenarkan memasuki kawasan berkenaan dengan syarat penjaga lengkap divaksinasi.

“Pengunjung diminta sentiasa memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial serta menjaga kebersihan diri sepanjang berada dalam kawasan KECV,” katanya.

Kredit: BH Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *