KUALA LUMPUR – Kumpulan terakhir Ahli Parlimen UMNO tiba di Istana Negara untuk mengesahkan sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri baharu.
Mereka yang turut disertai beberapa Ahli Parlimen MCA, MIC, PBS dan PBRS, menaiki sebuah bas persiaran dan beberapa buah kereta memasuki pintu dua Istana Negara pada jam 2.25 petang.
Antara yang kelihatan ialah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Menurut beberapa Ahli Parlimen yang selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi tadi, sesi itu berlangsung secara bergilir-gilir dengan setiap daripada mereka mengambil masa kira-kira seminit sahaja.
Mereka perlu memperkenal diri, memaklumkan kawasan Parlimen yang diwakili dan seterusnya menyebut nama calon Perdana Menteri yang disokong.
Kredit: BH Online