Ahli Parlimen PAS, BERSATU Menghadap Agong

KUALA LUMPUR – Dua bas membawa Ahli Parlimen PAS dan BERSATU tiba di Istana Negara, di sini, sebentar tadi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mereka dijadual menghadap Seri Paduka untuk menyatakan secara lisan mengenai sokongan terhadap calon Perdana Menteri.

Antara yang kelihatan menaiki bas yang tiba jam 2.30 petang tadi ialah Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Hari ini seramai 114 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), GPS, PAS dan Bebas dijadual menghadap Seri Paduka secara berperingkat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen GPS menghadap Seri Paduka secara maya.

Kredit: BH Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *