Agong, Permaisuri Zahir Takziah Keluarga Dato’ Indera Mustafar Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Orang Besar Berlapan dan Ahli Jumaah Pangkuan Negeri Pahang Darul Makmur, Dato’ Setia Wangsa Dato’ Indera Mustafar Abu Bakar yang meninggal dunia, malam tadi.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarham selaku Orang Besar Berlapan dan Ahli Jumaah Pangkuan kepada kesultanan Pahang, masyarakat dan negeri Pahang,” menurut catatan itu.

Seri Paduka berdua turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Kredit: Bernama

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *