Kelmarin Hanya Pertemuan Biasa – Muhyiddin

KUALA TERENGGANU – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perjumpaan khas bersama ketua parti dalam komponen Perikatan Nasional (PN) kelmarin, hanya pertemuan biasa.

Bagaimanapun, Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU, enggan mengulas lanjut berhubung pertemuan yang berlangsung kira-kira dua jam itu.

“Ia pertemuan biasa saja, sebab sudah lama tak jumpa, elok la jumpa,” katanya dalam nada bersahaja.

Terdahulu, Muhyiddin yang mengadakan lawatan kerja ke Terengganu turut melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Taman Tamadun Islam di sini, sebelum mengunjungi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Rusila, Marang.

Ketika ditanya mengenai kunjungannya ke rumah Abdul Hadi, Muhyiddin berkata, beliau hanya mahu menziarahi Ahli Parlimen Marang itu.

“Kita tahu Tok Guru Haji Hadi tak berapa sihat, tetapi saya diberi tahu Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar jumpa tadi sudah semakin sihat.

“Saya ada jumpa masa di hospital hari itu, tetapi bila sudah balik sini dan mudah-mudahan beliau bertambah sihat (dan) dapat menjalankan kerja tugas untuk parti dan negara,” katanya.

Kredit: BH Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *