KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire.
Beliau dilihat memasuki pekarangan Istana Negara melalui pintu 1 pada pukul 10.54 pagi.
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun tiba lebih awal di Istana Negara di Pintu 2 kira-kira pukul 9.30 pagi.
Kosmo! pagi tadi melaporkan krisis politik negara kembali panas sejak semalam selepas UMNO menerusi sidang akhbar Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan balik sokongan oleh parti itu terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin dijadualkan mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya hari ini untuk membincangkan mengenai usul membabitkan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat.
Kredit: Kosmo!