17,170 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

PUTRAJAYA – Sebanyak 17,170 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kini meningkat kepada 1,078,646 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua negeri mencatatkan kes baharu hari ini dan empat negeri mencatatkan pertambahan empat angka.

Negeri berkenaan ialah Selangor dengan 7,163 kes, Kuala Lumpur (2,138), Kedah (1,212) serta Johor (1,054).

Selain itu, turut mencatatkan pertambahan kes hari ini ialah Negeri Sembilan dengan 884 kes baharu, Sabah (776), Pahang (638), Kelantan (615), Perak (596), Sarawak (582) dan Pulau Pinang (554).

“Bagi Terengganu pula sebanyak 437 kes dilaporkan, Melaka (416), Putrajaya (84), Labuan (11) dan Perlis (10),” katanya dalam Facebook, hari ini.

Kredit: BH Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *