Tabung Prihatin Musibah Kampung Rawai Bantu Mangsa Kebakaran

MARANG – Sebagai tanda prihatin, Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Rawai bersama kepemimpinan masyarakatnya melancarkan Tabung Prihatin Musibah untuk disumbangkan kepada keluarga mangsa kebakaran, Mohd. Fairuz Hamzah.

Dalam kejadian pada 6 Julai lepas, tujuh sekeluarga tersebut termasuk bayi berusia 11 hari tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di kampung berkenaan musnah dalam kebakaran dipercayai akibat dipanah petir.

Pengerusi KRT Kampung Rawai, Mat Yusof Mat Ali berkata, sumbangan lebih RM5,000 dikumpul daripada warga kampung itu termasuk yang berada di perantauan.

Katanya, inisiatif itu bagi membantu meringankan beban ditanggung keluarga mangsa yang kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dijilat api dalam kejadian tersebut.

Sumbangan disampaikan Imam Masjid Rawai,  Abdul Wahab Muhamad mewakili seluruh warga desa Rawai.

Yang hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi JK Masjid Rawai, Mohamad Muda;  Pengerusi Badan Ehsan Warga Padang Pak Wan & Rawai (BESTARI), Ngah Bidin dan barisan kepimpinan kampung yang lain.

Kredit: Utusan Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *