Pensyarah Lemas, Kenderaan Jatuh Ke Sungai

PASIR MAS – Seorang pensyarah Institut Pendidikan Guru Pengkalan Chepa ditemukan lemas apabila kenderaan yang dipandu terbabas jatuh ke dalam sungai di jambatan Kampung Paloh, Chicha Tinggi, di sini, semalam.

Mangsa, Abdullah Derahman, 56, yang berasal dari Pasir Tumboh, Kota Bharu, memandu Ford Ranger sebelum kenderaan itu dipercayai terbabas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, pihaknya menerima laporan pada 5.50 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan, mangsa dalam perjalanan dari Kampung Paloh menuju ke Chicha Tinggi, di sini, dan dipercayai tidak dapat mengawal kenderaan miliknya dan terlanggar besi penghadang jambatan sebelum terbabas masuk ke dalam sungai.

“Mangsa ditemukan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat. Mangsa disahkan meninggal dunia akibat lemas.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kredit: myMetro Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *