Dialek ‘Lepeh’ Tarik Perhatian Penduduk

LIPIS – Dalam usaha menghebahkan maklumat mengenai ancaman pandemik Covid-19, Jabatan Penerangan Daerah Lipis mempunyai pendekatan tersendiri apabila melakukan hebahan menggunakan dialek atau loghat penduduk daerah Lipis.

Penggunaan loghat ‘Lepeh’ itu yang menarik minat penduduk di sekitar daerah itu dilihat mampu menyampaikan maklumat yang jelas dan difahami penduduk.

Dimulakan dengan sebutan salam oleh petugas wanita dengan sebutan ‘Lepeh’ yang intonasinya agak panjang kemudiannya disambung pula oleh petugas lelaki yang bercakap menerusipembesar suara dari kenderaan pacuan empat roda jabatan tersebut.

Antara sebutan petugas lelaki itu ialah mengajak semua penduduk dengan berkata “Moh la kite beringat belake, Covid-19 hari ni masih ada lagi wee!”

Ada beberapa perkataan yang disebut ‘mengkala’ (manakala), ‘wooo’ (seruan tanda ramai), ‘tekde’ (tidak ada).

Antara sebutan yang menarik menerusi pautan video ini ialah “Kalau tekde urusan penteng, tak payahlah kelua ke hulu ke hilir, perentan-perentan (waktu-waktu) ni hah duduklah di rumah.”

Bagi mereka yang pertama kali mendengar hebahan ini mungkin agak sukar untuk memahami dialek ‘Lepih’ berbanding penduduk di sini yang sudah pun hadam dengan bahasa berkenaan.

Kredit: Kosmo!

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *