Team Azyma Care Kota Bharu Bantu Rakyat Terjejas

KOTA BHARU – Menyedari kesulitan dihadapi rakyat ketika pandemik Covid-19 yang masih belum reda di negara ini, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Team Azyma Care Kota Bharu tampil menghulurkan bantuan.

NGO terbabit menyumbangkan set bakul makanan kepada 1,000 penerima di Pejabat Penggawa Daerah Kota Bharu di sini pada Ahad.

Pengurus NGO Team Azyma Care Kota Bharu, Umar Andy Kamaruddin berkata, bakul makanan tersebut diagihkan kepada orang perseorangan, wakil persatuan keluarga dan syarikat tempatan.

“Sumbangan menerusi Gerobok Rezeki ini terdiri daripada 500 set bakul beras dan makanan, selain 300 ekor ayam segar dan 100 ekor ayam bakar daripada Restoran Ayam Ppati.

“Pihak Pejabat Penggawa Daerah Kota Bharu turut membantu menguruskan senarai penerima yang layak mendapatkan sumbangan ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Umar Andy berkata, sumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

“Agihan sumbangan ini bagaimanapun dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan merekodkan bacaan suhu.

“Kita bercadang untuk meneruskan agihan bantuan sama pada masa depan dengan jumlah lebih banyak agar dapat membantu lebih ramai golongan terjejas,” tambah beliau.

Kredit: Sinar Harian

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *