Remaja OKU Sindrom Down Teruja Suntik Vaksin

PASIR PUTEH – Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) sindrom down bersemangat dan ceria untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak di Masjid Mukim Padang Pak Amat di sini hari ini.

Remaja berkenaan Muhammad Aiman Che Mat Ramin, 19, dari Kampung Padang Pak Omar, Selising di sini tidak menunjukkan sebarang reaksi takut malah kelihatan teruja untuk menerima suntikan itu.

Ibunya, Zabedah Abdullah, 62, mengakui bahawa Muhammad Aiman sudah bersiap sedia untuk menerima suntikan itu sebaik sahaja dihubungi oleh pihak pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) baru-baru ini.

Katanya, suntikan itu merupakan ikhtiar terbaik dalam melindungi anaknya daripada terkena jangkitan Covid-19.

“Saya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana memberikan keutamaan kepada anak-anak OKU untuk menerima suntikan ini.

“Suntikan ini pastinya melegakan saya dan keluarga dalam usaha untuk melindungi Muhammad Aiman,” katanya ketika ditemui pemberita di PPV bergerak di Masjid Mukim Padang Pak Amat di sini hari ini.

Kredit: Kosmo!

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *