Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka Adil – FELDA

KUALA LUMPUR – Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka Secara Bersyarat antara FELDA dan peneroka bersifat adil kepada kedua-dua pihak.

FELDA melalui kenyataan yang dimuat naik di Facebook, menjelaskan pihaknya bersetuju menghapuskan sebahagian hutang peneroka setakat 31 Disember 2019 berdasarkan beberapa syarat.

“Penghapusan ini adalah berdasarkan syarat peneroka perlu menghantar hasil atau menyerahkan pengurusan kebun kepada FELDA.

“Peneroka masih dibenarkan mengurus kebun sendiri dengan syarat menghantar hasil sepenuhnya kepada FELDA.

“Selain itu peneroka perlu membayar ansuran bulanan pinjaman sepenuhnya setiap bulan dan melaksanakan pengurusan kebun mengikut kaedah, piawaian, prosedur operasi standard (SOP) dan amalan pertanian baik ditetapkan FELDA,” katanya.

Menurut kenyataan itu, objektif utama inisiatif Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka yang diumumkan sempena Hari Peneroka FELDA 2021 bertujuan menerapkan kebersamaan antara FELDA dan peneroka melalui satu sistem pengurusan ladang yang lestari.

Inisiatif itu secara langsung menurut pihak berkenaan akan memberi manfaat kepada warga peneroka terutama daripada segi pendapatan.

Sebelum ini tular surat Perjanjian Pelarasan Pinjaman Peneroka Secara Bersyarat yang menyebabkan timbul tanda tanya sesetengah pihak berhubung syarat ditetapkan dalam perjanjian itu.

Kredit: BH Online

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *