Beberapa Kawasan Di Raub Dilanda Banjir

RAUB – Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di sini, dilanda banjir, menyaksikan 241 mangsa daripada 63 keluarga terpaksa dipindahkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 8 pagi ini.

Portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan mangsa paling ramai ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Kundang Patah iaitu 114 orang daripada 30 keluarga, diikuti Dewan Serbaguna Kampung Pia sebanyak 58 orang (16 keluarga) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai, 37 mangsa (sembilan keluarga).

Sementara itu, pusat pemindahan Masjid Kampung Kuala Semantan pula menempatkan 16 mangsa daripada lima keluarga, manakala Balai Raya Kampung Gesing, Balai Raya Kampung Sengkela dan Dewan Orang Ramai Kampung Chenua menempatkan sebuah keluarga dengan jumlah mangsa 16 orang.

Kredit: Bernama

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *