PETALING JAYA – Empat negeri di Semenanjung berdepan ancaman ribut petir pagi ini sekali gus menyebabkan beberapa kawasan di negeri terlibat bakal mengalami kejadian hujan lebat.
Jabatan Mateorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, antara negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Selangor dan Johor.
“Bagi negeri di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh, manakala bagi kawasan di Terengganu melibatkan Besut dan Setiu.
“Di Selangor pula kawasan terlibat ialah Kuala Selangor dan Klang manakala di Johor beberapa kawasan di Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru,” katanya menerusi status yang dimuat naik MetMalaysia di laman sosial rasminya tadi.
Tambahnya, ribut petir dan hujan lebat itu dijangka berlaku sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Kredit: Kosmo!