125 Kes Kematian Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA – Sebanyak 125 kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk 17 daripadanya warga asing, menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 6,385 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu mencatatkan sebanyak 11,079 kes termasuk 27 kes import dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 855,949 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan merekodkan sebanyak 96,236 kes termasuk 972 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 456 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Kes sembuh mencatatkan sebanyak 5,990 kes menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 753,328 kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kredit: Kosmo!

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *